APA ITU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA ?

ALFA CollegeUncategorizedAPA ITU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA ?
July 3 , 2020 / Posted by nabiltakiyuddin / Uncategorized /

APA ITU SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA ?

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) , Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan samaada awam/swasta . Setiap peringkat /tahap dalam SKM ini menunjukkan pengiktirafan kebolehupayaan serta tahap pengetahuan seseorang dalam sesuatu program.

SKM kini menawarkan lapan (8) tahap persijilan iaitu :

➡ SKM TAHAP 1 – PERINGKAT OPERASI & PENGELUARAN (SKM)
Pada tahap 1 pelatih akan dilatih di peringkat asas iaitu Peringkat Operasi dan Pengeluaran.Tempoh latihan diberikan adalah selama 6 bulan. Pelatih boleh melanjutkan latihan ke peringkat seterusnya iaitu SKM Tahap 2.

➡ SKM TAHAP 2 – PERINGKAT OPERASI & PENGELUARAN (SKM)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 juga masih diperingkat asas, Peringkat Operasi dan Pengeluaran. Tempoh latihan juga diberikan selama 6 bulan

➡ SKM TAHAP 3 – Peringkat Penyeliaan (SKM)
Untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, pelatih perlu menamatkan latihan tahap sebelumnya iaitu SKM Tahap 2. Di tahap ini, pelatih akan dilatih dalam Penyeliaan. Tempoh latihan di tahap 3 ini adalah selama 1 tahun.

DKM TAHAP 4 – PERINGKAT PENYELIAAN (DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ini adalah peringkat yang lebih tinggi dalam tahap-tahap kepakaran pelatih-pelatih. Masih dalam peringkat Penyeliaan tetapi lebih kepada peringkat tinggi.
Tempoh latihan DKM Tahap 4 adalah selama 1 tahun.

 DLKM TAHAP 5 – PERINGKAT PENGURUSAN (DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA)
Pada tahap Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) ini sudah memasuki peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Pengurusan. Tempoh latihan dalam tahap ini adalah selama 1 tahun setengah.

🔷 Kelebihan 5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Jika pelatih berjaya menjalani sehingga ke tahap tertinggi iaitu DLKM Tahap 5, sudah berbaloi untuk mempunyai kerjaya yang cemerlang.
Jika mengikut carta alir tahap-tahap Persijilan Kemahiran Malaysia, pelatih boleh menuntut ilmu sehingga MTM Tahap 8 iaitu peringkat tertinggi dalam Malaysian Skills Technology.

🔷 PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BOLEH DIDAPATI MELALUI TIGA (3) KAEDAH

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

🔷 FAEDAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

🔷 SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

👉 Berumur minimum 16 tahun atau lepasan PT3
👉 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu 
👉 Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Dilihat dari sudut masa depannya maka boleh dikatakan bidang kemahiran semakin mendapat tempat di hati pelatih yang merebut peluang yang semakin lumayan.

Majikan industri-industri di Malaysia ini juga semakin berani untuk merebut pelatih separuh mahir dan mahir ini untuk berkhidmat di premis mereka.

Apatah lagi kerajaan Malaysia telah meletakkan harapan tinggi dalam bidang kemahiran dengan wujudnya Revolusi Industri 4.0.