1000 Rats with Love Charity Event 2020

ALFA CollegeUncategorized1000 Rats with Love Charity Event 2020
July 3 , 2020 / Posted by nabiltakiyuddin / Uncategorized /

1000 Rats with Love Charity Event 2020

Kuala Lumpur, 23 Februari – Pada 23 Februari ALFA College yang diketuai oleh Pensyarah Visual Communication, Mr Koh Sim Hoo telah menganjurkan Acara Sumbangan Amal kepada Rumah Orang Tua di Selangor King George V Jubilee Fund yang telah dikumpul sepanjang kempen 1000 Rats with Love bermula dari bulan Disember 2019.

Acara Sumbangan Amal ini juga salah satu usaha bagi ALFA College menyumbang kembali kepada komuniti yang memerlukan bantuan dan perhatian menjelang Tahun Baru Cina 2020.

Untuk pengetahuan pembaca , Tikus juga dikaitkan dengan Cabang Bumi (地支 —dì zhī) Zi (子) dan jam tengah malam. Dalam istilah yin dan yang (阴阳 —yīn yáng), Tikus adalah yang dan mewakili permulaan hari baru.

Dalam budaya Cina, tikus dilihat sebagai tanda kekayaan dan lebihan. Kerana kadar pembiakan mereka, pasangan suami isteri juga mendoakan mereka untuk anak-anak.

Sumbangan yang berjumlah RM 5,500.00 telah diserahkan kepada Pengurus Selangor King George V Jubilee Fund bagi barang – barang keperluan orang – orang tua yang menginap di Selangor King George V Jubilee Fund. Persembahan muzik juga diadakan sebagai sokongan moral kepada penginap Selangor King George V Jubilee Fund.

Pengarah bagi Kempen Amal 1000 Rats With Love, Mr Koh Sim Hoo telah mendapat perhatian media dan sebagai suatu kempen yang berkesan bagi membantu insan yang memerlukan.

Mr Koh Sim Hoo, Lecturer Faculty of Visual Communication