Kunjung Hormat ALFA College ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi ( KPT )

ALFA CollegeUncategorizedKunjung Hormat ALFA College ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi ( KPT )
June 9 , 2020 / Posted by nabiltakiyuddin / Uncategorized /

Kunjung Hormat ALFA College ke Pejabat Menteri Pengajian Tinggi ( KPT )

9 JUN 2020, Selasa – Lembaga Pengelola ( Board of Management ) ALFA College yang terdiri dari Pengerusi Lembaga Pengelola, Encik Shaharuddin Mohd Satha, Pengarah ALFA College, Puan Hajjah Rozana binti Kamarulzaman, Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO ) Encik Fairuz bin Kamarulzaman dan Dekan Fakulti Bisnes dan Teknologi, Cik Nurul Octovia telah mengadakan lawatan ziarah dengan Menteri bagi Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ), YB Dato’ Dr Noraini Ahmad bagi membincangkan pelbagai perkara berkenaan isu semasa pendidikan tinggi khususnya semasa tempoh PKP ini dan pemulihan dari pandemik Covid 19.

ALFA College yang terlah bertapak 22 tahun sejak 1998. Sebelum ini ALFA College yang bertaraf sebuah Akademi yang dikenali sebagai ALIF Academy. Dengan pelbagai usaha bagi menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan efektif kepada pelajar yang berteraskan keperluan industri semasa. Apatah lagi sekarang pandemik Covid 19 setiap industri perlu menyesuaikan diri dengan ‘New Normal’ mengikut SOP khusus bagi memutuskan rantaian Covid 19 di Malaysia.

Dengan usaha ini menjadikan ALFA College sebagai pilihan utama buat para pelajar tempatan sebagai tempat persediaan sebelum memasuki pasaran pekerjaan yang kompetetif dan juga sebagai permulaan alma mater dalam dunia Varsiti.